Breaking

Monday

Tips Mengelak Maid Lari

Dalam hal berkaitan perilaku maid, sewajarnya majikan memerhatikan gerak-geri mereka dari hari pertama mereka menjejakkan kaki ke rumah majikan. Untuk mengelak maid lari dari majikan ialah dengan cara :
  • Tidak membenarkan maid keluar rumah tanpa izin majikan.
  • Tidak membenarkan maid berbual dengan maid jiran
  • Tidak membenarkan maid mempunyai handphone. Belikan kad telefon pra-bayar untuk membolehkan mereka menghubungi keluarga menggunakan telefon rumah atau handphone majikan.
  • Jangan sesekali membayar gaji secara tunai. Buka akaun atas nama maid dan buku akaun disimpan majikan. Kad ATM juga jangan dimohon. Urusan keluar masuk wang adalah melalui buku sahaja.
  • Jangan biarkan passport disimpan oleh maid. Memang mereka berhak menyimpan passport tetapi buat perjanjian bahawa majikan yang akan menyimpan passport mereka.
  • Jangan terlalu mengerah maid, berikan rehat yang secukupnya.
  • Sekiranya anda mengubahsuai rumah, pastikan anda atau pasangan anda ada di rumah sewaktu kerja-kerja ubahsuai rumah. Ini untuk mengelakkan mereka berhubungan dengan pekerja binaan senegaranya.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.